Guilty Crown memang anime yang Mika tunggu setiap minggu. Nampaknya, anime ni semakin best dan tensionnya semakin tinggi.
Selepas je berita mengenai penutupan Loop 7, semua pelajar berkumpul di dewan sekolah.Sebagai presiden persatuan pelajar, Arisa cuba menenangkan semua pelajar yang terkejut dengan berita penutupan Loop 7. Namun, ada sahaja pelajar yang takut sehingga menyebabkan pelajar lain berasa lebih takut. Kemudiannya, ada pelajar yang mencadangkan agar pilihan raya untuk pemilihan presiden baru diadakan kerana Arisa kurang leadership skill. Well, the pressure is on Arisa. Semua orang memberikan tekanan yang berat kepada Arisa.
Ayase membantu Arisa mengagihkan vaccine virus Apocalypse kepada para pelajar. Dan nampaknya line internet sudah boleh digunakan. Dalam unofficial website sekolah, Tennozu underground, banyak perbincangan mengenai Arisa. Ada yang mengatakan Arisa tidak sesuai menjadi seorang presiden. Arisa seorang yang bodoh. Dan Tsugumi bersetuju dengan kenyataan mereka. Ini menimbulkan kemarahan Souta kerana Arisa adalah salah seorang dari ahli kumpulan mereka. Sementara itu, Nanba mengetuai tiga orang pelajar yang lain untuk mencari maklumat mengenai dunia luar (selain Loop 7) dan ini akan digunakan untuk menetang Nanba dalam pemilihan presiden baru.
Inori bersama dengan Tsugumi yang merajuk disebabkan hal mengenai pergduhan mengenai Arisa. Tsugumi bertanya sama ada Inori pernah berasa keseorangan kerana dia tidak mempunyai keluarga. Inori membalas dengan mengatakan hanya sekali, iaitu sewaktu Shu ditahan oleh GHQ pada episod 4. Itu pun Gai yang beritahu dia (?). Giliran Inori pula bertanya benda yang sama kepada Tsugumi. Dan kita dapat lihat bahawa Tsugumi sememangnya sentiasa kesunyian sejak dari kecil lagi dengan imej dia bermain dengan anak patung seorang diri di dalam sebuah bilik. Tsugumi mengatakan bahawa tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kepada.... SHU yang sedang mendengar perbualan di antara mereka berdua di sebalik pokok. Haha... Shu ditangkap...
Perfect timing. Kerana Tsugumi ingin memberikan sesuatu kepada Shu. Dan ianya adalah suatu alat pengukur Void. Shu mula menggunakan alat itu untuk mengukur kekuatan void Hare. Seterusnya Inori, Ayase, Shu dan juga Tsugumi. Pada masa itulah Ayase tertanya-tanya mengenai void Tsugumi Well. memandangkan Shu tidak pernah menggunakan void Tsugumi, jadi of course he does not know. Dengan sepantas kilat, Ayase memegang lengan kiri Tsugumi. Hare memegang lengan kiri Tsugumi. Seterusnya, semuanya diserahkan kepada Shu.
Nampaknya Keido dah menjadi presiden dan Chief Segai berada di bawah Keido. Atas arahan Keido, operasi membersihkan Tokyo mula dijalankan. Endlave digunakan untuk membunuh orang ramai tanpa belas kasihan. The cute Daryl nampaknya tidak suka dengan operasi ini. Membunuh orang ramai dengan kejam. Daryl cuma lihat dari screen. Dia tak join pun operasi tu. Dan kita dapat melihat Haruka walaupun hanya untuk 4 saat. Dia memakai sut yang agak sama dengan dalam opening. Haruka yang mengawal tembok tersebut.
Chief Segai ni tak habis-habis dengan rancangan dia. Di menggunakan telefon dia untuk hantar mesej mengenai ahli Funeral Parlor yang berada di sekolah. Di kediaman Kohuiin, kita dapat melihat dua daripada ahli Funeral Parlor iaitu Argo dan Ogumo terselamat dan sedang berbincang mengenai operasi menyelamat dengan datuk Arisa. Semetara itu, berita mengenai keberadaan ahli Funeral Parlor di sekolah tersebar di kalangan pelajar. Dan jika ahli Funeral Parlor diserahkan kepada GHQ, orang yang menyerahkan itu akan dibebaskan dari Loop 7.
Shu membaca notis mengenai pemilihan presiden baru dan terserempak dengan Hare. Hare mencadangkan agar Shu bertanding, tetapi Shu menolak. Di tingkat bawah, beberapa orang pelajar sedang menahan seorang pelajar perempuan dan bertanya sama ada dia adalah ahli Funeral Parlor. Arisa dan Souta datang menghentikan mereka. Yahiro pula segera memberitahu Shu, Hare danTsugumi mengenai hal yang berlaku. Dan dengan wajah yang terkejut dan bimbang, Shu yang menyedari ketiadaan Ayase dan Inori pergi mencari mereka berdua bersama Tsugumi.
Inori dikelilingi tiga orang pelajar lelaki yang ingin memeriksa belakang badan Inori kerana ahli Funeral Parlor dikatakan mempunya tatu di belakang badan mereka. Dapat dilihat dalam mata Inori yang dia ketakutan. Tsugumi dan Shu berpecah. Tsugumi mencari Ayase dan Shu mencari Inori. Well, Shu... risau dekat Inori je kerjanya. Sweet... Inori will be always number 1 for him. Shu segera berlari menaiki anak tangga. Dan dia terserempak dengan Inori. Lega tak terhingga bila dia tengok Inori selamat. Inori pula mengatakan bahawa ia tidak menjumpai sesiapa sepanjang waktu. Dan kita dapat lihat pelajar yang mengacau Inori tadi berlumuran darah. Mereka dibunuh. oleh Inori? Inori tipu Shu?
Ayase pula dikacau oleh anak buah Nanba. Mujurlah Tsugumi datang dengan Missile Kick. Mereka berdua cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Arisa pula membuat pengumuman agar semua pelajar berkumpul di gimnasium.
Arisa cuba menenangkan mereka. Nanba pula datang mengeruhkan keadaan dengan mengatakan Ayase dan Tsugumi adalah ahli Funeral Parlor. Kerana mereka tidak pernah dilihat walaupun memakai pakaian seragam sekolah mereka. Dan mereka ingin mengesahkan hal itu di hadapan semua orang. Melihat semua orang mula bertindak kasar terhadap Ayase, Shu menghentikan mereka.Shu mengakui bahawa dia adalah ahli Funeral Parlor. Dan dia ingin menunjukkan sesuatu kepada semua orang. Salah seorang anak buah Nanba membawa Shu, Ayase dan Tsugumi untuk diserahkan kepada GHQ.
Daryl agak terkejut apabila melihat Tsugumi yang merupakan ahli Funeral Parlor. Nampak gayanya, Daryl patah hati... Gurau jelah. Tanpa melengahkan masa lagi, Endlave terus menembak mereka bertiga. GHQ mungkir janji apabila turut membunuh lelaki yang membawa ahli Funeral Parlor itu.
Rupanya-rupanya, itu hanyalah salinan diri mereka yang ditunjukkan melalui Funnel. Dan salinan itu semestinya dari void Tsugumi, the doll-making Hand scanner. Panjang betul namanya. Dan Shu membuat satu ucapan setelah Nanba hamoir membunuh mereka yang berada di atas pentas. Mereka bebas memilih sesiapa pun untuk menjadi ketua, tetapi harus difikirkan dengan sedalamnya.
Pada waktu inilah Yahiro muncul dan mencadangkan agar Shu menjadi presiden yang baru. Dan semua orang bersetuju. Yahiro mencadangkan agar semua pelajar dibahagikan kepada nilai Void mereka dari kelas A ke F. Dan ditntukan melalui alat pengukur Void.
To Be Continued....
Well, apa pun yang orang cakap, Mika tetap happy dengan episod ni. Mika hanya dapat membuat konklusi sendiri untuk episod akan datang kerana semuanya masih belum pasti dan banyak lagi misteri yang belum dirungkai. Contohnya:
- Inori yang selamba rock sahaja bunuh pelajar dan tipu Shu. Apa akan jadi kalau Shu tahu? Siapa sebenarnya Inori ni?
- Ada yang cakap Inori ni klon kepada Mana. Ada yang cakap Inori ni dijangkiti virus Apocalypse.
- Bagaimana pula denganShu bila dia jadi presiden? Apa akan jadi dengan sistem yang diperkenalkan Yahiro? Akan membawa kebaikan atau kemusnahan?
- Mengapa Haruka tolong pihak GHQ? Macam mana dengan Daryl? Adakah akan moenolong Funeral Parlor nanti?
Mika dah mula takut dengan apa yang bakal berlaku. Macam mana kalau Inori tu betul-betul klon Mana? Kalau kita lihat, Inori tu sentiasa emotionless. Gai cakap dia kesunyian semasa Shu tiada, baru dia tahu dia kesunyian. Dia juga tanya Gai sama ada dia jatuh cinta pada Shu atau pun tidak. Semuanya Gai yang cakap. So, maybe Inori is really a clone? Inori cuma pernah menangis dua kali je. Waktu dia gaduh dengan Shu masa episod 10 dan episod 12 masa Gai mati. Selebihnya, muka tak berperasaan dan senyum dekat Shu sahaja.
Macam mana kalau Inori tu dijangkiti virus dan akan end up cam Mana? Mika tak suka... Banyak tul lam fikiran Mika pasal Guilty Crown ni. Tapi, yang Mika tak puas hati hanyalah hubungan antara Shu dan Inori. No progress at all. Episod ni, dia risau pasal Inori sangat-sangat. Tapi, at least... CONFESS ALREADY!!!
Mika nak tengok camne kalau Shu ngan Inori jadi couple... Haissshh.... Tapi, risau jugak kalau Shu benci kat Inori bila dapat tahu yang Inori bunuh pelajar-pelajar tu dan tipu dia. I hope it will never happen. Kalau diaorang jadi lovey-dovey, its ok.
(Jangan fikir yang pelik-pelik. Mika bukan pervert. Just harap Shu dan Inori bahagia bersama. Thats all.)
Tengok dari preview ep 15, macam Hare akan mati. Harap-harap tak. Mika tak suka kalau ada yang mati. From the good side. Mika lebih sanggup kalau ada yang heartbroken daripada character's death cam Mana & Gai.
Well, sampai sini je. Letih Mika menaip. Review untuk Area no Kishi ep. 3 tak siap lagi. Sorry. Mika tengah semangat dengan Gokaiger dan KR Fourze.
No comments:
Post a Comment