Thursday, 12 January 2012

Chapter 2

Chapter 2

 
Selepas beberapa minit, Ryuu terduduk di atas lantai. Dia tidak percaya dengan kata-kata yang didengarinya tadi sebelum sahaja Shun meninggalkan bilik kelab. Bukan sahaja Shun, Miura dan Eiji malah Hina juga turut meninggalkannya. Dunia Ryuu gelap buat seketika. Kawan baiknya semenjak kecil kini menjadi orang asing dalam hidupnya.

Ryuu memandang di sekeliling bilik kelab. Bilik kelab ini menyimpan banyak memori indah di antara Ryuu, Shun, Hina, Miura, Karin dan Eiji. Di bilik inilah, dia membuat keputusan untuk menubuhkan Art Club yang hanya dianggotai oleh enam orang ahli sahaja iaitu dia sendiri sebagai presiden, Hina sebagai naib presiden serta Karin, Shun, Miura dan Eiji sebagai ahli kelab ini. Mereka berenam suka melukis, jadi mereka menubuhkan Art Club yang hanya dianggotai oleh enam orang ahli. Pelajar lain menyertai Art Club di bawah pimpinan Takeda Hizaki yang terkenal sebagai cucu pelukis terkenal, Takeda Mizuki.

Pengerusi Haneda membenarkan penubuhan Art Club mereka walaupun cuma hanya dengan enam orang ahli. Malah, pencapaian mereka juga setaraf dengan pencapaian Art Club yang lagi satu. Mereka pernah menjadi naib johan dalam pertandingan melukis peringkat daerah. Mereka juga memenangi banyak hadiah hasil daripada menyertai pertandingan anjuran agensi-agensi luar.

Ryuu menyalahkan dirinya di atas apa yang terjadi di antara dia dan yang lain. kalaulah dia tidak mengaku bersalah, pasti…

“Kenapa tuan pengetua panggil kami ke sini?” Ryuu bertanya.

“ Saya akan berterus-terang. Adakah betul kamu mencuri idea Art Lovers Club di bawah pimpinan Hizaki untuk lukisan kamu yang berjaya ke pertandingan antarabangsa?”

“Apa yang tuan cakapkan ni? Kami sendiri yang fikirkan mengenai lukisan tu. Kami berenam berbincang mengenai reka bentuk lukisan tu.”Ryuu mula mempertahankan diri.

“Betul tu. Tak mungkin kami mencuri hasil lukisan mereka.”Eiji pula bersuara.

“Kamu tahu, mungkin kamu secara tak sengaja terambil idea mereka ketika kamu melihat lukisan mereka? Atau pun kamu nak menang, jadi kamu menciplak hasil kerja mereka. Siapa tahu, kan?”

“Macam mana dengan Hizaki? Mungkin mereka sengaja tuduh kami?”

“Hizaki dah selalu memenangi pertandingan melukis semenjak kecil lagi. Tak mungkin cucu seorang pelukis terkenal sanggup membuat perbuatan serendah itu?”

Miura naik geram dengan kata-kata sinis pengetua yang tua bangka itu.

“Hanya kerana kami bukan cucu kepada pelukis terkenal, itu tak bererti kami ni sanggup lakukan perbuatan jahat. Pengetua cuba cakap macam tu; itu bererti kalau tuan pengetua yang dituduh, maknanya tuan pengetua bersalah. Hal ini kerana tuan pengetua bukannya cucu kepada pelukis terkenal, sebaliknya Hizaki. Kan?”

Pengetua Makase terdiam. Ada betulnya juga kata-kata Ryuu itu. Kalau dia yang dituduh, pasti dia yang bersalah kerana dia bukan sesiapa.

“Kamu ada bukti bahawa lukisan itu sememangnya milik kamu? Hizaki dan ahli kelabnya yang lain dah tunjukkan bukti kepada saya. Kamu ada bukti?”

“Kami tiada bukti, tapi memang lukisan itu adalah idea Ryuu. Dan kami buatnya bersama-sama.” Shun tidak henti-henti menjelaskan kepada Pengetua Makase.

Agak lama mereka bertikam lidah dengan Pengetua Makase, sehinggalah…

Ryuu berasa sakit di bahagian perutnya.

“Janganlah pada waktu ni.”Ryuu berkata dalam hati.

Ryuu berasa semakin sakit. Memandangkan tiada cara lain, Ryuu mengaku bahawa dia mencuri idea daripada Hizaki, seterusnya memastikan tempat ke peringkat antarabangsa. Pengakuan itulah yang membawa kepada pergaduhan besar di antaranya dengan Shun, Eiji dan Miura. Setelah pengakuan itu, Ryuu mendesak Pengetua Makase menjatuhkan hukuman selepas seminggu. Tanpa disangka, Pengetua Makase bersetuju dengan permintaan Ryuu.

Mereka berempat segera keluar dari bilik Pengetua Makase.

“Tunggu saya di bilik kelab. Saya akan jelaskan pada kamu nanti.” Ryuu memberi arahan.

Mereka bertiga menuruti arahan Ryuu. Ryuu segera masuk ke tandas. Dia menyentuh perutnya yang terasa sakit. Kesakitan menguasai dirinya. Mahu sahaja dia menjerit. Tetapi, dia tidak mahu ada kekecohan. Ryuu menuju ke bilik kelab selepas kesakitannya reda sedikit.

Dalam bilik kelab, Shun, Miura dan Eiji sudah menunggu.

“Jelaskan pada kami dengan segera.”Shun nampak marah.

“Percayalah pada saya. Lukisan tu adalah lukisan kita yang asli. Saya tak curi idea daripada sesiapa pun.”

“Kalau macam tu, kenapa kamu mengaku tadi?”
“Tadi tu…”Ryuu terdiam. Macam mana dia hendak memberikan alasan mengenai hal ini. Mustahil untuk Ryuu memberitahu mereka mengenai kesakitannya.

“Tadi tu apa? Adakah kamu cuba mencari alasan sekarang ni?”

“Jangan berdalih lagi.”

“Tadi tu sebab kamu kamu semua asyik bertikam lidah dengan tuan pengetua.” Satu idea datang dari otak Ryuu.

“Mungkin Hizaki sengaja nak memerangkap kita. Saya tak tahu kenapa, jadi jangan tanya saya kenapa. Tapi, kita tak menciplak idea sesiapa pun. Lukisan tu adalah hasil usaha kita. Jadi, lukisan tu memang milik kita. Kita pasti ada bukti bahawa idea lukisan tu milik kita. Kita cuma perlu fikirkan apa dia bukti tu.” Ryuu cuba menjelaskan kepada mereka.
“Idea lukisan tu hasil daripada idea kamu, Ryuu. Mungkin kamu pernah melihat mereka menghasilkan lukisan tu, jadi kamu tiru idea mereka dan jadikannya sebagai idea kamu dan cadangkan kepada kami.”Shun meragui Ryuu.

“ Secara jujurnya, saya ingin sekali percaya pada kamu, Ryuu. Tapi, sebab yang kamu berikan banyak keraguaannya. Tiada sebab untuk kamu menghentikan pergaduhan kita dengan tuan pengetua tadi. Kita harus berusaha untuk buktikan kebenaran kata-kata kita. Jadi, itu adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam mempertahankan diri.”

“Kamu menghentikan kami tadi, seolah-olah kita yang bersalah. Malah, kamu minta tuan pengetua berikan hukuman selepas seminggu. Kamu dah mengaku kita yang bersalah saat kamu menghentikan pergaduhan itu tadi.”

Ryuu buntu. Entah bagaiman dan apa cara lagi yang harus digunakan untuk menerangkan kepada mereka mengenai hal ini. Kalaulah Karin ada di sini, dia pasti Karin akan dapat menerangkan hal ini kepada mereka.

“Boleh tak kita bincang hal ni esok? Dah sampai masanya untuk kita balik.”

“Adakah kamu cuba mengelak?”Eiji menyekat Ryuu.

“Jangan salah faham. Sekarang ni, kamu semua harus tenangkan otak kamu untuk berfikir secara rasional. Barulah kamu boleh terima alasan yang saya berikan kepada kamu tadi.”

“Tak. Kita harus selesaikan hal ni sehingga tamat. Hari ini juga.” Miura menggesa.

“Kamu bertiga janganlah berdegil. Balik dulu. Esok kita akan bincangkan hal ini lagi. apabila semua ahli Art Club berkumpul.”

“Tak. Saya tak nak libatkan Hina mahu pun Karin. Kita akan selesaikan hal ni di antara kita. Se.ka.rang.”Shun bertegas.

Ryuu tiada pilihan lain. satu-satunya cara untuk buat mereka segera keluar dari bilik in adalah dengan;

Ryuu menundukkan kepalanya.

“Saya minta maaf. Betul kata kamu. Memang saya… mencuri idea daripada Hizaki. Saya minta maaf.”

Shun sudah menggenggam buku limanya.

“Saya nak… kita menang. Saya tak tahu yang… Hizaki akan gunakan lukisan tu untuk pertandingan. Saya minta maaf. Saya… buat ni semua demi kita semua. Saya…”

Shun tidak perlu mendengar kesemua pengakuan Ryuu untuk menghadiahkan satu penumbuk percuma ke muka Ryuu.

Ryuu menekan kawasan perutnya yang sakit. Kalau bukan kerana perutnya terasa seperti hendak pecah tadi, dia tidak perlu menipu Shun, Eiji dan Miura dengan mengaku bersalah. Dia juga tidak kan bergaduh besar degan mereka bertiga.

No comments:

Post a Comment