Chapter 1
“Kita bukan lagi kawan mulai dari saat ini.”Shun menuturkan kata-kata tersebut dengan perasaan yang sangat kecewa.
Shun keluar dari bilik kelab dengan perasaan kecewa sambil diikuti oleh Miura dan Eiji. Hina masih lagi keliru dengan apa yang sebenarnya terjadi di antara empat orang kawannya itu. Sebaik sahaja dia menerima berita daripada kawan baiknya,Lisa dan Rika mengenai Ryuu, Shun, Miura dan Eiji dipanggil oleh pengetua sekolah, dia bergegas ke bilik kelab di tingkat dua sekolah. Dia berlari sepanjang ke bilik kelab. Dia langsung tidak menghiraukan panggilan teman-temannya yang lain mahu pun amaran Cg.Lilika yang mengarahkan dia berhenti berlari. Apa yang penting dia harus segera sampai ke bilik kelab untuk menghilangkan sifat ingin tahunya mengenai situasi sebenar mereka berempat.
Sebaik sahaja Hina membuka pintu bilik kelab,
“Pengkhianat!!!”Shun menumbuk muka Ryuu.
Ryuu masih berdiam diri. Langsung tidak membalas. Dia hanya menundukkan kepalanya memandang ke lantai. Miura dan Eiji pula berdiri di samping Shun. Shun masih belum berpuas hati. Dia mendekati Ryuu dan dan menggenggam kolar baju Ryuu. Sebelum sempat Shun menghadiahi Ryuu satu lagi penumbuk, Hina menghentikan Shun.
“Shun, berhenti!!!”
Shun melepaskan genggamannya dan melepaskan kolar baju Ryuu.
“Apa yang terjadi? Kenapa kamu bergaduh dengan Ryuu?”
“Tanyalah pengkhianat kumpulan kita ni.”Miura dengan selamba membalas, namun jelas terdapat riak tidak puas hati terhadap Ryuu.
Begitu juga dengan Eiji yang masih membisu. Hina dapat melihat dengan jelas kemarahan di dalam mata Eiji. Tidak ingin memarakkan lagi api yang sudah membakar hampir keseluruhan bilik kelab itu, Hina cuba menggunakan cara yang lebih lembut untuk menghentikan mereka.
“Ryuu? Apa yang terjadi? Boleh beritahu saya?”
Ryuu masih lagi mendiamkan diri. Dia langsung tidak memandang Hina.
Miura naik berang dengan sikap Ryuu yang membuat keputusan untuk langsung tidak mempertahankan dirinya. Dia mendekati Ryuu dan menggenggam kolar baju sekolah Ryuu.
“Peluang terakhir. Beritahu saya. Kenapa? Kenapa kamu mengaku bersalah? Beritahu saya sekarang.”Nada suara Miura sekarang ini sememangnya menunjukkan kemarahan yang sangat tinggi.
“Saya…”
Miura yang bengang dengan Ryuu menolak Ryuu jatuh ke lantai. Hina segera menolong Ryuu bangun semula. Ryuu membersihkan baju sekolahnya yang kotor.
“Kamu tak nak beritahu kami sebab kenapa kamu buat begitu. Saya takkan tanya kamu lagi. Sebab kita kawan sejak dari kecil lagi, saya percayakan kamu dalam apa sahaja. Tapi, kali ini kamu dah melampau. Saya kecewa dengan tindakan kamu, Ryuu”Mata Eiji hampir menitiskan air mata.
“Kamu khianati kami. Kamu khianati persahabatan kita selama sepuluh tahun ni. Kita bukan lagi kawan.” Miura memutuskan persahabatannya dengan Ryuu.
“Betul tu.” Shun menyambung.
“Kita bukan lagi kawan mulai dari saat ini. Dahlah. Jom pergi.” Shun keluar dari bilik kelab bersam Eiji dan Miura.
Cuma Hina dan Ryuu sahaja yang berada di dalam bilik kelab sekarang ini.
“Ryuu, kamu…”
“Apa yang kamu buat lagi tu, Hina? Jom balik.”
Hina masih tidak berganjak dari kedudukannya.
“Hina!!!”
Hina tetap tidak bergerak meski pun namanya sudah dipanggil beberapa kali oleh Shun.
“Kamu pilih pengkhianat ni berbanding ahli keluarga kamu sendiri?”Shun menengking Hina.
Hina agak terkejut namun, dia masih berkira-kira dalam membuat keputusan. Hina memejam matanya. Ryuu atau Shun? Ryuu atau Shun? Ryuu atau Shun? Hina diibaratkan seperti ditelan mati emak, ditelan mati bapak. Memerhatikan reaksi Hina yang Shun tidak dapat bersabar lagi. Dia menarik tangan Hina dan membawa Hina keluar dari bilik kelab.
“Shun, janganlah macam ni…kita…”
Shun merenung tajam kepada Hina. Hina mengalah. Dalam dunia ni, cuma ada beberapa waktu sahaja Hina harus mengalah kepada Shun. Salah satunya adalah apabila Shun sangat marah.
No comments:
Post a Comment