Wednesday, 18 January 2012

Chapter 3


Chapter 3

“Selamat pulang, Shun, Hina.” Miyabi menyambut kepulangan kedua-dua anaknya.

“Saya dah balik.”Kedua-duanya membalas.

Suasana di meja makan keluarga Kirisaki agak sunyi. Kou dan Miyabi memandang antara satu sama lain. Pelik. Aneh. Kebiasaannya si kembar kesayangan mereka, Shun dan Hina akan sentiasa bergaduh di meja makan. Mereka sentiasa berebut lauk-pauk walaupun pada akhirnya masih ada saki-baki lauk itu. Mereka juga akan turut mengadu mengenai keburukan masing-masing.

“Mama, Shun ponteng kelas lagi hari ni.”

“Mana ada. Saya ke bilik rawatan tadi. Perut saya sangat sakit. Hina, kamu mengurat  seorang senpai dari kelas 3-A. kan?”

“Jangan nak merepek. Saya tiada masa dengan semua benda mengarut tu. Saya sibuk dengan urusan kelab kita.”

“Kamu jangan nak tipu. Mama dan papa. Jangan percaya dengan apa yang Hina cakapkan.”

Begitulah suasana di meja makan. Kebiasaannya Kou dan Miyabi membiarkan sahaja mereka berdua bergaduh sehingga mereka berasa letih. Air yang dicincang tidak akan putus. Miyabi dan Kou berpegang kepada prinsip itu dengan teguh. Kerana itulah, mereka membiarkan sahaja dua orang anak kembar mereka bergaduh sehingga mereka puas hati. Cuma ada sesetengah pertikaman lidah sahaja yang akan dihentikan oleh Kou dan Miyabi apabila mereka berdua merasakan Shun dan Hina akan membunuh antara satu sama lain. Mereka akan dihentikan oleh perkataan magik. Sebaik sahaja Kou menyebut perkataan magik itu, secara automatik, mereka akan berhenti bergaduh.

Tetapi, malam ni suasana sangat sunyi. Kou tertanya-tanya adakah si kembarnya bergaduh. Walaupun  mereka sering bertelagah, namun hubungan mereka rapat. Mereka cuma akan berlawan mulut di meja makan, kemudiannya mereka akan bercakap seperti biasa semula.

“Kamu berdua ok?”Miyabi membuka mulut.

Tiada jawapan dari kedua-dua anak kembar itu.

“Kirisaki Shun. Kirisaki Hina. Kamu berdua ok?”Miyabi mencuba sekali lagi.

Masih tiada jawapan daripada Shun dan Hina. Masing-masing menyuap makanan dalam mulut. Riak muka Shun dan Hina tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Apa yang penting, mereka mahu menghabiskan makanan mereka dengan segera.

“Shu-chan. Nana-chan. Kamu berdua tak apa-apa?”

Sudu yang dipegang Hina jatuh ke lantai manakala air yang diminum Shun hampir tersembur keluar.

“Kan saya dah cakap jangan panggil saya macam tu.”Kedua-duanya bangkit sambil tangan mereka menghentak meja.

Kou ketawa kecil. Seperti yang dijangka, perkataan magik penting pada waktu-waktu macam ni. Shun dan Hina merenung tajam ke arah Kou. Marah kerana diperlakukan seperti budak-budak lagi.

“Papa minta maaf, Shu-chan. Nana-chan.”

“Papa!!!” kedua-duanya menjerit.

“Maaf, papa tak sengaja, Shun, Hina.” Kou ketawa di dalam hati. Perkataan magik yang disebutnya kali kedua tadi sebenarnya disengajakan. Sengaja mengusik anak kembar kesayangannya itu.

Miyabi yang duduk di sebelah Kou mencubit lengan Kou. Dia tahu Kou sengaja menaikkan darah anaknya dengan menyebut perkataan magik tersebut. Sejak dari kecil lagi, Shu dan Nana adalah nama panggilan Shun dan Hina. Hanya mereka berdua sahaja yang memanggil Shun dan Hina begitu. Kira-kira dua tahun yang lalu,

“Mama dan papa harus berhenti panggil kami Shu dan Nana.”

“Apa yang kamu merepek ni, Shu-chan?”

“Mama, bukan Shu-chan, tapi Shun. Shun, ok?”

“Kenapa tiba-tiba nak kami panggil kamu dengan nama tu?”

“Sebab saya dan Shun dah besar. Jadi, papa patut panggil kami dengan nama tu. Lagi pun, bukan ke papa yang berikan nama Hina dan Shun kepada kami. Kenapa nak panggil kami dengan nama Shu dan Nana? Kalau kamu berdua nak panggil kami dengan nama itu, kamu patut berikan nama kami Kirisaki Nana dan Kirisaki Shu.”

“Hmm?? Sebab kamu berdua mencurigakan.”

“Jangan fikir yang bukan-bukan,papa. Lagipun, tiada siapa pun dalam kumpulan kami yang ada nama panggilan macam tu.”

“Kumpulan kami? Kumpulan apa yang kamu maksudkan, Hina?”

“Ryuu, Karin, Eiji dan Miura. Mereka berempat langsung tiada nama panggilan macam tu.”

“Jadi, kamu malu bila dipanggil macam tu?”

“Saya dan Hina tak malu. Tetapi, kami bosan bila diejek oleh kawan-kawan sekelas yang lain. saya teringin nak tumbuk muka mereka sehingga hancur.”

“Saya pula teringin nak buat mereka jadi hidangan utama untuk barbeque.”

Kou dan Miyabi menelan air liur. Menakutkan. Itula satu-satunya perkataan yang berada di dalam otak mereka sekarang ini.

“Memandangkan papa dan mama adalah dari jenis yang berfikiran terbuka dan kami juga sporting, kami tak kisah kalau panggil kamu berdua Shun dan Hina.”

Bibir Shun dan Hina mengukir senyuman.

“Baguslah kalau macam tu. Terima kasih.”

Makan malam di rumah keluarga Kirisaki berakhir dengan Shun dan Hina masih lagi tidak bertegur sapa.

No comments:

Post a Comment