Mika suuukaaaaaaaaaa sangat dengan Guilty Crown dan juga watak utamanya:
Shu dan Inori.
Tak kira walau apa pun yang orang cakap mengenai Guilty Crown, Shu dan Inori; Mika tetap suka anime ni dan fav OTP Mika ni. Mika tak peduli apa yang orang lain fikirkan. Shu & Inori is the best couple in the series. Lepas tu, Mika sokong Gai & Mana. Disebabkan kejadian dalam ep. 13, Mika pun dah mula sokong Daryl & Tsugumi (Eventhough quite impossible, but maybe possible).
Guilty Crown episod 13 mengambil alih setelah dua minggu kematian Gai dan Mana. Semua orang dikuarantin atas arahan GHQ. Para pelajar dikuarantin di sekolah dan sistem perhubungan tidak dapat digunakan; membawa kepada Shu tidak dapat menghubungi ibunya, Haruka. Ahli Funeral Parlor pula terpisah dan yang tinggal bersama Shu hanyalah Inori, Ayase dan Tsugumi.
Episod ini bermula dengan Ayase yang cuba mengambil kasutnya yang tercampak (?). Namun tidak berjaya. Dia terjatuh dari kerusi rodanya. Kemuadiannya, pelajar dari kelas lain cuba mengusik Ayase. Ayase tidak mempedulikan mereka, namun mereka tetap terus mengusik. Then, muncullah my fav OTP, Shu & Inori. Shu cuba menolong Ayase.
Tsugumi datang dengan missile kicknya, menolong Ayase. Ayase menyuruh Shu beredar dari tempat itu kerana dia ingin berusaha dengan sendiri untuk duduk semula di atas kerusi rodanya. Nampaknya, Ayase masih sedih dengan kematian Gai walaupun dah dua minggu berlalu.
Shu dan Inori menuju kesebuah bilik di mana Arisa, Kanon, Hare, Souta dan Yahiro berbincang mengenai situasi genting mengenai arahan kuarantin dan juga beberapa isu mengenai isu virus Apocalypse. Yahiro masih lagi risau dengan keadaan semasa kerana arahan kuarantin masih dilaksanakan. Yang lain masih cuba bersikap opstimistik. (Pesimistik betul Yahiro ni...)
And then, the brilliant Souta suggest them to hold a culture festival. Yahiro agak kurang bersetuju dengan cadangan Souta.
"Sakit ke apa? Kita dalam krisis, sempat je nak berseronok." Mungkin inilah yang difikirkan Yahiro.
Tapi, memandangkan Presiden Arisa dah bersetuju, Yahiro terpaksa bersetuju. Yang lain hanya menurut. Mereka memerlukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian mereka pada krisis yang melanda, dan Culture Festival adalah jawapannya.
Then, Shu dan Yahiro have some kind of talk about voids. Yahiro agak terkejut kerana dia masih sedar walaupun voidnya dikeluarkan Shu. Dia juga boleh memegang voidnya. Nampaknya, kuasa Shu berubah selepas perlawanan terakhir hari tu.
Sekembalinya Yahiro dan Shu, mereka terserempak dengan Tsugumi dan Kanon dengan outfit untuk animal cafe pada culture festival nanti. Kanon agak malu dengan outfit itu. Yahiro memuji Kanon, menyebabkan Kanon blush... Haha... Another pairing, Yahiro & Kanon.
Shu seperti biasa, bertanyakan Tsugumi di mana Inori. ( Aishh... sayang betul kat Inori sampai tak boleh berpisah lama-lama). Pada masa tu jugalah, Souta yang berada di tingkat bawah memanggil Shu.
Shu pun segera pergi ke tempat di mana Souta berada. Kita dapat melihat beberpa pelajar sedang menyiapkan satu stage. Rupanya-rupanya, Souta ingin mengadakan konsert Egoist, main event for the festival. Shu bertanyakan Inori sama ada Inori ok dengan konsert itu.
Inori ingin mencubanya tapi dia bertanya sama ada Shu setuju kalau Inori ingin teruskan dengan konsert itu. (Waahhhh... cam isteri yang minta kebenaran suami pula. cuute tul...). Shu membenarkan dan dia tidak sabar menantikan konsert itu. (Memang cam suami isteri. Inori minta kebenaran dan Shu benarkan. Right??)
Here comes another my fav character, Daryl Yan. Dia menyamar jadi pelajar sekolah atas arahan Chief Segai. Comel. Daryl sebagai megane character. Cair hati Mika... Lepas tu, tengah si Daryl ni berjalan-jalan, dia terlanggar Tsugumi yang tengah sarat bawa barang-barang untuk festival. Daryl agak marah dan Tsugumi segera meminta maaf. Namun, dengan selambanya Tsugumi minta Daryl tolong dia angkat barang-barang tu. Perfect timing (?). Nasiblah Daryl oiii... Daryl kepenatan tolong Tsugumi angkat barang-barang tu.
Sementara tu, Ayase dan Hare sedang siapkan hiasan untuk festival. Ayase fikir Hare minta dia tolong untuk siapkan hiasan tu sebab dia keseorangan, tapi... sebab Hare nak berterima kasih pada Funeral Parlor kerana ubah Shu menjadi lebih baik, sebab tulah Hare minta Ayase tolong dia.
Daryl report dekat Chief Segai mengenai Inori dan Shu yang berada di sekolah. Dia menunggu arahan selanjutnya dari Segai.
Haha... Daryl dapat upah sebab tolong Tsugumi. Tsugumi bagi dia coklat. Dia sibuk merungut pasal coklat tu.
Nampak murahlah, itulah, inilah. Tapi, dia makan juga. Siap cakap nak kerjakan si Tsugumi kalau jumpa dengan Tsugumi sekali lagi.
NOW, dengan rasminya, CULTURE FESTIVAL is OPEN...
Tsugumi bawa Ayase berjalan-jalan di sekitar festival tu. Nampak macam Tsugumi je yang berseronok. Ayase pula ada sesuatu yang bermain di benak fikirannya. Dan tiba di suatu tempat, mereka berdua mula bergaduh. Ayase marah kerana Tsugumi putuskan hubungan sewaktu mengawal Endlave. Dia sepatutnya melindungi Gai. Tsugumi agak marah kerana Ayase seolah-olah tidak menghargai nyawanya. Tsugumi meminta diri untuk kembali semula ke festival. Tanpa mereka sedari, Warmhearted Men Gang (?) (Lawak betul nama. macam takde nama lain.) bakal menyerang sekolah Shu. Dan yang membekalkan Endlave dan Humvee kepada geng tersebut tak lain tak bukan Chief Segai.
Ayase kelihatan agak jealous dengan Inori. Dia berperang dengan perasaan rendah diri disebabkan kekurangannya itu. Shu datang dan mereka berbincang mengenai Gai. Ayase menyalahkan dirinya dia atas kematian Gai, namun Shu menegaskan bahawa dia adalah penyebab kematian Gai.
MAsa inilah gang yang jahat tu datang menyerang. Shu melarikan Ayase ke tempat yang selamat dan Ayase bertegas untuk tidak melarikan diri.
Hare yang berada dalam bahaya diselamatkan oleh Ayase yang mampu berjalan dengan sendiri. Ayase menggunakan void endlavenya untuk menyelamatkan Hare. Satu lagi bukti, kuasa Shu dah berubah.
Apa yang penting? Kerjasama... Macam wonderpet pulak... Shu dan Ayase berkerjasama untuk menghapuskan endlave tu. Tak lupa juga Tsugumi dan juga void Inori. Shu dan Ayase nampak hebat. This leads to another pairing, di mana sesetengah fans prefer Shu x Ayase rather than Shu x Inori. Tapi, bagi Mika, mereka cam adik-beradik. Warna rambut pun dekat-dekat sama.
Nyanyian Inori mengalihkan perhatian semua orang setelah perlawanan tadi. Semua orang nampak gembira.
Ayase ucap terima kasih dekat Shu sebab bagi dia peluang untuk gunakan ability dia sendiri. Dan tiba-tiba, muncul Chief Keido dalam tv. Umumkan mengenai GHQ akan seal off loop 7 untuk 10 tahun. Ini membawa kepada adanya satu dinding mengelilingi loop 7. Maknanya, sesiapa yang tinggal di loop 7 akan terperangkap dalam dinding itu termasuklah Shu, Inori, Yahiro, Kanon, Hare, Arisa, Souta, Tsugumi dan Ayase.
..............................................................................
Mika dah tengok lebih 20 kali op dia. Sebab Mika suka sangat tengok Shu dan Inori. Cuuteee!!!!! Mika suka bahagian Inori peluk Shu dan juga almost-kissing scene antara Shu dan Inori. Fangirl scream!!!
Nampak gayanya, sekarang ni Shu tak perlu guna void sorang-sorang. Shu boleh buat Yahiro dan Ayase guna void tanpa buat diaorang pengsan. Cool!!
- Yahiro jadi Chief Cabinet Secretary? Hebat... Souta pula adalah Minister of Education, Culture, Sports, Science and Technology. (???? Muka blur) Banyak betul bahagian dia. Pendidikan + Culture + Sukan + Sains + Teknologi. Banyak sangat.... Ada ke kementerian yang macam tu?? Biasanya ada bahagian pendidikan, bahagian sukan, bahagian sains. Semua tu dipecah-pecahkan. Tamak betul Souta. Entah bahagian apa lagi dia nak tambah??
- Sebagai fangirl, Mika harap ada banyak lagi sweet moment antara Shu dan Inori. cam dalam opening. (Korang semua jangan fikir yang bukan-bukan. Sweet moment yang Mika maksudkan adalah macam yang di bawah)
So... jangan salah faham... K?
Mika dapat rasakan yang Gai dan Mana akan kembali. Harap-harap betullah...
Mika tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Terpaksalah Mika menunggu beberapa hari lagi... Sob...Sob...
Jadi, semua. Sampai di sini sahaja post Mika. Bye-bye, Sayonara, Annyeong.... Tunggu review episod 14 dari Mika....
Next will be Area no Kishi ep 3...
No comments:
Post a Comment