Aizawa Kakeru |
Mishima Nana |
Aizawa Suguru |
Saeki Yusuke |
Area No Kishi ni mengisahkan mengenai Aizawa Kakeru yang menjadi manager team bola sepak di mana Aiawa Suguru, abangnya, adalah kapten pasukan tersebut. walaupun masa kecil-kecil dulu Kakeru ni main bola sebagai forward, tapi dia hilang keyakinan dan just jadi manager team abang dia je. Tapi... dia selalu berlatih main bola setiap malam cuma sorang-sorang je. Abang dia ni adalah seorang pemain yang berkebolehan dan menjadi tunjang utama pasukan bola sepak tu. Suguru ni percaya yang Kakeru ni mempunyai skill dan bakat untuk menjadi pemain bola terkemuka, jadi dia bagi peluang pada Kakeru untuk main bola dalam episod 1. kebetulan pula, crush Kakeru masa kecil yang sama team bola sepak dengan dia dan abang dia, Mishima Nana dah balik semula ke Kamakura.
Episod 1 menunjukkan Suguru sebagai kegilaan pelajar perempuan di sekolah serta bakat yang besar dalam permainan bola sepak apabila berjaya menyumbat gol persamaan apabila menentang Brazil beberapa minit sebelum separuh masa tamat. Kakeru pula lebih kepada karakter yang clumsy dan selalu buat kerja walaupun boleh diserahkan kepada pelajar tahun 1. Kakeru ni boleh dikatakan mempunyai sikap yang tidak suka menonjolkan diri sehingga memberitahu Yusuke, kawannya, bahawa dia akan sentiasa jadi manager bila abang dia berada di atas padang. bila abang dia dapat pergi ke World Cup, Kakeru pun akan ke sana juga, cuma... sebagai manager dan trainer kepada abangnya. Nana@Seven pula kembali semula ke bandar Kamakura dan jadi manager team bola sepak Suguru sama dengan Kakeru. mula-mula, Kakeru tak kenal dengan Nana, sebab masa kecil dulu, Nana rambut pendek. sekarang dah lawa. rambut panjang... Episod ni juga menandakan permulaan Kakeru untuk jadi pemain bola semula selepas Suguru meletakkan nama Kakeru sebagai pemain gantian apabila pemain bola sepak yang biasa cedera dan tak dapat bermain. mulanya, Kakeru membangkang, tapi bila Suguru perli Kakeru, Kakeru buat keputusan untuk bermain...
- Yusuke ada mirip dengan Fuji dalam prince of tennis.
- Suguru mengingatkan Mika pada Moriyama-sensei dalam drama DOCTORS Saikyou no Meii sebab nama dia Moriyama Suguru. Director hospital@Mak cik kepada Moriyama-sensei selalu panggil dia Suguru-chan.
- Nanti lepas beberapa episod, mesti Mika menangis sebab ada tragedi dalam cerita ni. Bagi yang dah baca manga, confirm tahu apa yang jadi. Kan bagus kalau Suguru...
- Mika confirm dah ada hati dekat Kakeru. dia comel... hahaha...
Mouretsu pirate pun keluar hari ni juga.Cuma belum ada keluar online lagi.
Yang paling tak tahan, Mika bersungguh-sungguh buka laptop sebab nak tengok kamen Rider Fourze. last-last....
hari ni baru hari sabtu. sedih betul. Mika tak sabar nak tengok Ryuusei. Yang paling penting, KENGO-KUN. hehe... Mika memang suka dekat Kengo. Kengo karakter tsundere yang comel...
No comments:
Post a Comment