Monday, 16 January 2012

Risuo No Musuko @ Perfect son

Bila subtitle untuk Risuo no musuko nak keluar?????? Honestly, Mika dah tak sabar nak tengok cerita ni dengan subtitle. Yang raw punya, dah dua kali. Tunggu punya tunggu, nanti Mika tengok entah yang ke berapa kalinya.

Risuo No Musuko ni best sangat2. Mika suka tengok lakonan Yamada Ryosuke sebagai Suzuki Daichi. Sayang betul dia kat ibu dia. No, no, no. bukan sayang betul tapi, saaaaaaaaaaaayyyyaaaaaaaaaaannngggggggggggggg saaaaaaaaaaaanngaaaaaaaaaatttttttttt kat ibu dia. Love, Koi, Suki, Ai, Cinta, Sayang, Sarang, pendek kata semua jenis perkataan sayang, suka & cinta dalam beribu bahasa sekali pun takkan pernah cukup untuk menggambarkan perasaan sayang Daichi tu dekat kaa-channya, Umi Suzuki.



Semua yang Daichi buat mesti demi ibunya. belajar bersungguh-sungguh demi ibunya. Sampai sanggup tukar sekolah semata-mata nak lindungi ibunya yang bekerja di kafeteria di sebuah sekolah yang mempunyai pelajar gangster macam dalam gokusen la. Tapi, kompleks Daichi ni susah betul. Setiap kali ada lelaki dekati kaa-channya yang tersayang, mesti dia akan reject. Siap cakap yang lelaki tu ookami (wolf) lagi. haha...
Anak yang sangat pelindung.

Masa pergi melawat kubur ayah dia, dia sanggup bagi payung dekat kaa-channya. Dia je yang kebasahan dek hujan. Suka la tengok Daichi ni jadi anak yang baiiiikkk sangat dekat kaa-channya.

Fujigaya Taisuke pula lain ceritanya. lepas jadi penyanyi dalam Ikemen Desu Ne, dia tukar status. Jadi pelajar sekolah. Gangster. Pandai boxing dan ditakuti oleh gangster yang lain. Kurenai Otoya jangan ceritalah. Jadi hero dalam Kamen Rider Kiva. dalam cerita ni, gangster. Satu grup dengan Taisuke. Apa nak jadilah...

Suzuki Kyoka pula hebat memainkan watak seorang ibu yang ideal kepada anaknya. Al-maklumlah, dia yang besarkan Daichi selama 17 tahun seorang diri lepas suaminya mati. Tapi, sebenarnya dia nak kumpul hutang dengan anak dia, si Daichi tu. itulah pasal besarkan anak dia dengan segala macam ajaran. Dia nak Daichi belikan dia sebuah rumah.

Sagara-sensei (DOCTORS Saikyou no Meii) pula dah jadi jiran Umi dan Suzuki. Dah resign dari Doogami Hospital kot. Tak tahan dengan Moriyama-sensei atau pun Doogami Hospital dah completely berubah. hehe.. gurau je.

Well, Daichi tu adalah seorang anak yang baik. You all??? Layan ibu bapa & family baik-baik. Hidup cuma sekali. Selagi hidup, berbaktilah kepada kedua orang tua dan sayangilah keluarga. Nanti kalau dah kehilangan family, kita akan rasa sedih. Tak salah rasa letih kerana buat baik, dapat pahala. Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sesekali. Jadilah anak yang baik dan makhluk yang bernama manusia yang baik. Jangan jadi anak derhaka dan sampah galaksi Bima Sakti (?). Walau apa pun, ini sekadar nasihat. Untuk mengingatkan diri Mika dan juga kamu semua. Kalau nak tahu macam mana nak jadi manusia yang baik, tengoklah YOKAI NINGEM BEM. Si Bem yang monster tu baik sangaaaaatttt. Kita?? Fikir-fikirkanlah. 

Apa pun, Mika akan terus setia dengan drama ni. Mika tak pandai bahasa Jepun, tapi tahulah juga apa yang pelakon dia cakap. Bolehla sikit-sikit.
Risuo No Musuko Gambatte!!!!!!

No comments:

Post a Comment