Saturday, 4 February 2012

Area No Kishi ep. 3

As expected from last week, memang mengalir air mata Mika. Mengalahkan Air terjun. Sob...sob... Episod 3 memang sedih... Mika menangis terutama sekali bahagian Kakeru cakap pasal Suguru. Dia tak tahu yang abang dia dah mati. Waaaaaaaa!!!!






Well, lepas je accident tu berlaku dan ambulans datang, Kaleru dan Suguru cepat-cepat dibawa ke hospital. Nampaknya, kecederaan Kakeru dan Suguru teruk. Suguru cedera teruk di kepala manakala Kakeru, dadanya tertusuk sebatang besi. Nana yang ada di hospital segera menghubungi ibu Kakeru dan Suguru. Ibu Kakeru yang sedang cuci pinggan terkejut bila dengar pasal accident tu sampai pinggan tu jatuh pecah seribu. Ayah Kakeru yang sedang on the way nak ambil train nak pergi kerja pun patah balik bila dengar pasal accident tu. Pasal adik perempuan Kakeru pula, cikgu dia yang beritahu pasal accident tu. Semua orang di kelab bola sepak pun shock juga bila dengar accident yang menimpa Kakeru dan Suguru.











 

Sementara itu, teknik imbas kembali digunakan. Kita kembali kepada Kakeru yang berusia 7 tahun. Pada waktu inilah, Nana join group bola sepak diaorang. Reaksi semua orang biasa je bila couch tu cakap yang Nana akan join diaorang dan tak terkejut langsung bila coach tu cakap yang Nana ni perempuan. Kemudiannya, Suguru point satu masalah kepada coach dan teammates yang lain. Iaitu nama Nana. Nama Nana adalah Mishima Nana. Dalam group diaorang pula dah ada Mishima dan Nanase.
Susah nak bezakan antara Nana dan Nanase kalau nak pass bola nanti. Ada yang cadangkan Mishi-man, tapi sama je Mishima dan Mishiman tu. Ada yang cadangkan Nanana nana nana, tapi direject. Panjang sangat. 

Tiba-tiba je, Kakeru yang diam sejak dari tadi sebut seven. DIa fikir nama Nana dalam group tu sepatutnya Seven. Suguru setuju. Sebab Nana dalam bahasa inggeris adalah Seven. Dan semua orang setuju dengan nama Seven tu termasuk Nana sendiri. Semua orang puji Kakeru sebab terfikirkan nama tu.

Imbas kembali berakhir. Doktor keluar dan beritahu dekap parents Kakeru dan Suguru yang Suguru mengalami brain dead di mana keadaanya sama je macam mayat hidup. Otak dia tak dapat berfungsi lagi. Menangis mak Kakeru dan Suguru bila dengar pasal Suguru.



























Imbas kembali semula. Akhirnya, Kakeru dan Seven berjaya jadi pemain regular untuk team bola sepak diaorang. Kaeru agak nervous tapi Seven assure him that everything will be alright. Satu perlawan diadakan dan team Kakeru menang. Masa dalam bas, Seven nampak muram jadi Suguru syak sesuatu tapi, Seven cakap tiada apa-apa. Balik je ke rumah, Kakeru terus beritahu pada mak dan adiknya mengenai kemenangan dalam perlawanan tadi. Sempat je adik Kakeru tu mengusik Kakeru. Kakeru pun sambung cerita pasal perlawanan tadi dengan adik dia. Bersungguh betul. Suguru pula tanya pasal mak Nana yang datang ke rumah baru-baru ni. Mula-mula, mak dia tak nak cakap, tapi Suguru ni lebih peka daripada Kakeru; jadi terpaksalah mak dia beritahu hal yang sebenar pada Suguru. Rupa-rupanya, Seven nak pindah.


Dan untuk perlawanan seterusnya, Suguru bagi satu gelang pada Kakeru. Gelang tu Seven bagi pada Suguru, untuk Kakeru satu dan untuk Suguru satu. Seven pun ada gelang yang sama. Seven yang buat gelang tu sebelum berangkat pergi dari Jepun.






Kakeru akhirnya sedar. Lepas balik dari sekolah, Nana datang melawat Kakeru lagi. Tapi, Nana shock bila tengok ada seorang perempuan berada di sebelah Kakeru yang sedang tidur. Keesokannya, Nana, Yusuke dan Kota datang melawat Kakeru di hospital. Buka pintu je, Kota terus pergi peluk Kakeru. 
Kemudiannya, Yusuke beritahu Kakeru untuk cepat sembuh dan pergi ke kelab semula. Tapi, Kakeru cakap dia berhenti dari kelab bola sepak. Apa lagi terkejut sampai nak jatuh biji mata bila dengar Kakeru cakap macam tu.
Tapi, sebenarnya yang lebih pelik dan ajaib dan misteri tu adalah Kakeru. Sebab dia dah beritahu abang dia sebelum ni. Jadi, Kakeru pun dengan muka yang tidak bersalah pergilah tanya Yusuke sama ada si Suguru tu ada cakap pasal hal tu. Dan dia juga nak jelaskan sekali lagi dengan lebih jelas sebab kenapa dia nak berhenti sari soccer club. Jeng, jeng... Semua buat muka sedih dan serba salah. Sebab sampai sekarang pun Kakeru tak tahu pasal kematian Suguru.




Perfect timing. Perempuan misteri yang Nana jumpa hari tu masuk ke dalam bilik Kakeru dan menawarkan diri untuk memberitahu perkara sebenar pada Kakeru. Perempuan itu adalah doktor psikiatri, Ayaka Mine. Dia minta Kakeru bertenang bila dia beritahu perkara Suguru pada Kakeru. Dan... dia pun cakap pada Kakeru pasal kematian Suguru. Bertenang??? Impossible... Kakeru tak percaya yang abang dia dah tiada. Dia pun bagun dari katil untuk cari Suguru, dengan wayar yang ada kat tangan dia.
Pang! Kakeru dapat satu penampar free oleh Ayaka. Well, tu satu- satunya cara untuk buat Kakeru bertenang. Apa lagi... meraung la dia. Kemudiaannya, Nana terdengar pembedahan antara Ayaka dan ayah Kakeru pasal pemindahan jantung Kakeru. Jantung yang berdengup dalam badan Kakeru sekarang ni rupa-rupanya adalah jantung Suguru.


 



Selepas dua bulan, Kakeru sibuk menjalani rawatan untuk pemulihan dia. Nampaknya, keadaan Kakeru stabil dan tidak berlaku sebarang penolakan dengan jantung barunya itu. Dan seterusnya, tibalah hari di mana Kakeru bersekolah semula. Semua rakan di dalam kelas nampak happy sebab Kakeru dah keluar dari hospital dan sembuh. Happy sampai menjulang Kakeru... Hehe...
Kakeru menyerahkan surat berhenti dari soccer club kepada Kunimatsu-senpai. On the way nak balik, Kakeru terserempak dengan Yusuke yang nak ambil bola yang tergolek ke arah Kakeru. Yusuke minta Kakeru pertimbangkan semula mengenai cadangan dia untuk berhenti dari soccer club dan minta dia berhenti mengelak. Masa nilah, Kakeru naik marah dan cakap dia tak mengelak atau melarikan diri. Yusuke terpaku. Buat seketika, dia dapat melihat bayangan Suguru.



Jadi, Nana dan Kakeru balik bersama. On the way, mereka berdua berhenti di sebuah taman. Ada sekumpulan budak yang sedang seronok main bola. Kemudiannya, bola tu tergolek ke arah Kakeru (lagi??).
Belum sempat Kakeru nak bagi balik kat budak tu, dia nampak ada seorang budak perempuan sedang kejar anjingnya yang menuju ke jalan raya. Kebetulan sebuah kereta sedang meluncur laju. Dengan spontan, Kakeru tendang bola tu melepasi budak-budak yang main bola tadi dan terkena cermin kereta yang meluncur laju tadi. Fuhh... Selamat... Pemandu kereta tu sempat breaaakkkkkkkk.... Terkejut la jugak Si Nana tu tengok. Bila dia pandang Kakeru, dia lagi terkejut. Dia nampak Suguru sdang berdiri di sebelah dia. (Maksudnya dia nampak bayangan Suguru dalam Kakeru).

The End...

TO Be Continued...


No comments:

Post a Comment