Episod 3 berakhir dengan kereta yang nak langgar budak perempuan dengan anjingnya tu sempat breaaakkkk...
Bersambung dengan episod 4, pemandu yang break secara mengejut tu pun apa lagi; turun dari kereta dan marah budak-budak yang main bola tu. Garang betul. Lucky... Nana datang dan minta maaf. Terus hilang marah dia. Tak jadi dah nak marah. Lelaki... memang macam tu. Pantang dengan perempuan cantik. Lelaki tu pun nasihatkan budak-budak tu agar jangan main bola lagi dekat kawasan tu sebelum dia pergi. Nana pun just angguk je la.
Nana asyik pandang Kakeru je. Sebabnya... masa Kakeru tendang bola melepasi ruang kecil di antara budak-budak tu, tendangan tu macam Suguru. Budak perempuan yang kecil tu pergi ucapakan terima kasih pada Kakeru sebab selamatkan dia. Tapi, Kakeru diam je. Dia confused lagi. Dia sendiri pun tak sedar macam mana dia boleh tendang bola secara tiba-tiba.
Nana mengelamun sambil tunggu Kakeru yang mempunyai sesi kaunseling dengan Ayaka. Lepas tu, Kakeru pun keluar. Nampaknya semuanya ok. Kemudiannya... Ayaka minta Nana luangkan sedikit masa dengan dia sebab ada sedikit hal yang ingin dibicarakan. Di dalam bilik, Ayaka tanya pada Nana sama ada Kakeru ada menunjukkan sebarang perubahan dan mempunyai sesuatu yang agak sama seperti Suguru seperti cara percakapan atau pun gesture atau pun makanan kegemaran. Ayaka yakin, Nana pasti dapat mengenal butir kecil sebegini memandangkan Nana adalah kawan baik Suguru dan Kakeru semenjak kecil. Nana cuba mengelak, tetapi Ayaka dapat menangkapnya. Nampaknya Ayaka tahu semenjak dari awal lagi bahawa Nana telah mendapat tahu mengenai pemindahan jantung Suguru kepada Kakeru.
Kakeru dengan Nana ni tak reti nak balik ke rumah awal sikit. Lepas pergi jumpa Ayaka, diaorang berdua pergi melawat kubur Suguru. Kakeru shock giler bila terserempak dengan Leonardo Silver, U-15 Ace Brazil yang datang melawat Suguru juga. Silver cakap pada Kakeru yang Suguru pernah beritahu dia yang Area no Kishi (Knight in the Area) ada di Jepun. Dan Kakeru adalah orangnya. Tapi, Kakeru denies it completely. Dalam kereta, Silver beritahu pada Roberto bahawa dia menjumpai seseorang yang menarik di kubur Sugru.
Malam tu, Kakeru terima panggilan dari Kota. Kota ajak Kakeru pergi goukon (group date). Dia nak ajak Kakeru pergi mengurat perempuan. Kota. Kota (menepuk dahi).
Sesi kaunseling dengan Ayaka lagi... Ayaka cerita pada Kakeru mengenai masalah psikologi yang dihadapi Suguru memandangkan dia adalah kaunselor Suguru sebelum ni. Tapi, Kakeru kurang percaya. Sebab abng dia tu selalu kelihatan ok je. Ayaka pun ada cakap yang Suguru asyik mimpi buruk sebelum accident pada Kakeru. Kakeru pun cerita mengenai mimpi baik yang abang dia ceritakan pada dia pagi sebelum accident tu berlaku. Memandangkan berat badan Kakeru nampaknya macam dah naik, Ayaka minta Kakeru exercise. Dia cadangkan...
FOOTBALL.
Of course. Tiada siapa nak Kakeru yang berbakat berhenti football. Ni adalah satu caranya untuk pastikan Kakeru terus main bola sepak.
Kakeru yang tersedar dari mimpi terus bersiap untuk pergi berlatih di taman macam yang biasa dia buat sebelum ni. Practice, practice dan practice. Tiba-tiba, Grey muncul dan cabar Kakeru main bola dengan dia. Kakeru naik geram. Sebab Grey sepatutnya adalah Suguru. Tapi Suguru dah mati. Jadi, siapa Grey ni? Marah sangat, Kakeru pun tendang bola dengan kaki kirinya dan terkena si Grey ni. Grey pun menjerit sikit. Suara perempuan?
As expected. Nana adalah Grey. Nana menyamar jadi Grey sebab Suguru yang minta tolong dia jadi practice partner Kakeru sewaktu mereka berjumpa di Mexico semasa Suguru pergi ke sana untuk perlawanan U-15. Masa tu Nana ingatkan Kakeru jadi regular. Dia tolonglah Suguru sebab dia tak nak Kakeru jadi manager lagi.
FINALLY...
Nana beritahu perkara yang sebenar mengenai penderma jantung Kakeru. Unable to hear the truth more, Kakeru berlari balik ke rumah dan masuk ke dalam bilik Suguru. Dia jumpa diari Suguru dan tanpa fikir sekali pun, terus buka dan baca. Banyak juga yang Suguru tulis dalam diari tu. Dia akhir muka surat diari tu, Kakeru baca keseluruhan mengenai mimpi yang Suguru dapat sebelum accident pada pagi itu. The good dream. Kakeru terkejut bila orang yang terima passed Suguru dalam final match dalam mimpi Suguru adalah Kakeru. Berjujuran air mata Kakeru.
Keesokannya...
Mendapat inspirasi dari abangnya, Kakeru buat keputusan untuk terus bermain bola demi dirinya dan abangnya. Dan Nana yang turut berada di padang pada waktu itu mendengarnya. Kakeru membaca diari abangnya bersama dengan Nana mengenai Ryuichi Araki. Kakeru membuat keputusan untuk ke sekolah tinggi yang sama dengan Araki untuk berjumpa dengan midfield yang dapat membuat hantaran yang lebih hebat dari Suguru seperti yang Suguru tulis dalam diarinya. Of course Nana akan ikut sekali ke sekolah tu dengan Kakeru.
The End...
To be continued....
No comments:
Post a Comment