"GUILTY CROWN!!!!! WHY? WHY?????"
Mika memanglah penyokong Shu x Inori... tapi Mika tak benci Hare. Sebab Hare adalah kawan baik Shu dan dia sangat memahami Shu. Tapi, kenapa?? WHY??? WHY??? NANDE?? DOUSHITE??? Kenapa korbankan Hare?? Tak boleh ke dalam sesuatu anime action, tiada sesiapa yang terkorban?
Gundam Seed-Yang mati : Nicole, Tolle, Stella
Code Geass- yang mati : Shirley, Euphie
Gundam 00 - Yang mati : LockonAir mata Mika jatuh berguguran mengalahkan coklat yang jatuh dalam ladang gandum seperti dalam iklan Koko Krunch suatu saat dulu. Mengalahkan paip yang dibuka sewaktu air ada. Mika paling tak tahan waktu Shu meraung bila Hare hilang dari dakapannya.
Kalau Chihayafuru, kita ada Taichi Tuesday; Macam mana dengan Guilty Crown? Any idea?
Kalau macam tu, macam mana dengan Shiori Thursday? Well... basically, Shiori datang daripada SHu dan InORI (SHIORI). Amacam? Sebab Mika minat Shu dan Inori, tu yang jadi Shiori. Jangan marah....
Episod 14 berakhir apabila Yahiro memberikan rancangan mengenai Void ranking system. Dan episod 15 semestinya sambungan daripada reaksi Shu selepas cadangan itu diutarakan.
Nampaknya semua pelajar sedang cuba membaiki beberapa peralatan dan kawasan sekolah mereka yang diserang endlave dalam beberapa episod yang lepas. Dan Shu semestinya turun padang. Mengalahkan menteri pula Shu ni. Dia kan dah jadi president persatuan pelajar. Hare pula semestinya penyumbang utama dan terbesar dalam proses pemulihan dan pembaikian ini memandangkan voidnya yang healer type itu (macam Orihime Bleach la pula). Bukan sahaja mampu menyembuhkan luka manusia, tetapi boleh membaiki benda-benda yang patah dan rosak, contohnya macam tiang lampu.
Walaupun ada pelajar yang berasa rendah diri dan tidak berguna kerana void yang tidak seberapa seperti Hare, tetapi Shu meyakinkan mereka bahawa apa yang penting adalah... kerjasama.
Gurau je. Apa yang penting adalah cara semua orang berkerja.
Selepas Yahiro mengutarakan cadangan Void ranking system tu, Shu dan juga AJK persatuan pelajar memang ada membuat pemeriksaan void secara general, tetapi Shu tak setuju dengan rancangan Yahiro as the plan may bring disaster in the end. Inori, Ayase, Tsugumi dan Souta pula 'berkerja' di kantin sekolah. Mereka bertugas untuk menyediakan makanan untuk pelajar-pelajar di sekolah itu. And we can see Souta;s trouble face...
Yahiro terus menerus meminta Shu mempraktikkan sistem void tu, tapi Shu tak nak. Siap mengadu pada Ayase, Tsugumi dan Hare lagi mengenai hal sistem tu. Betapa Shu membangkang sistem itu...
Then, girls talk begin. Semasa mandi, Hare tanya pada Ayase mengenai hubungan sebebar Shu dan Inori. Ayase tersentak juga. Tsugumi pun bersikap curious juga. Ayase pula tanya mereka berdua kenapa tanya dia. Seolah-olah Ayase ni serba tahu mengenai Shu dan Inori. Kelakar betul. Hare agak terkejut sebab dia ingatkan yang Shu takkan gunakan sistem void tu. Dan Ayase cakap bahawa Inori yakin yang Shu masih belum pasti dengan sistem tu.
Now... boys talk.
Di atas bumbung sekolah, Shu yang sedang termenung didatangi Souta yang marah dengan sistem void tu di mana ianya merupakan satu diskriminasi. Souta marah sebab Shu guna sistem tu. Tapi, Shu cepat-cepat nafikan semua tu. Dia tak mungkin akan guna sisem tu. Souta segera meminta maaf. Kemudiannya, Souta minta Shu menjerit untuk lepaskan perasaan.
"Jangan gunakan void ranking system!!!"
" I love Inori!!!!"
Muka Shu bila Souta sebut "I love Inori " tu macam pening dan puzzle. ?????
Shu menuju ke bilik persatuan pelajar dan bila dia masuk, dia tengok Yahiro, Arisa dan Kanon sedang sibuk berbincang mengenai masalah vaksin virus Apocalypse yang sudah semakin berkurangan. Arisa mencadangkan agar vaksin tu dikurangkan dosnya agar mencukupi. Tetapi, Yahiro cakap dosnya perlu cukup dan tepat.
Masa nilah tugas Shu sebagai seorang leader diuji. Memandangkan vaksin tu tak cukup, pasti ada yang tak dapat. Shu pasti akan diutamakan memandangkan dia adalah leader, president and void user. Dan pemilik void rank A juga harus diberi keutamaan untuk diberikan vaksin itu. Yang menjadi mangsanya.... void rank F. Mika agak terkejut bila Souta berada di rank F. Shu apatah lagi.... Tapi, semuanya terletak pada tangan Shu.
Masalah pop up. Seseorang dari rank F menjumpai senarai void ranking system tu semasa sedang kemaskan bilik persatuan pelajar. Dan semua ahli-ahli rank F pun berkumpul. Mereka agak risau, panik dan takut dengan sistem tu. Kerana mereka mungkin akan dijadikan korban. Kemudiannya, mereka pergi berjumpa dengan Shu termasuklah Souta. mereka harap Shu dapat keluarkan Void mereka untuk mereka berlatih agar dapat tolong Shu nanti. Agar void mereka dapat jadi lebih kuat.
Sementara tu, the sweet Daryl dengan Endlavenya dah menunggu Shu dan pelajar-pelajar lain untuk mengambil vaksin di bawah arahan Chief Segai. Daryl rasa tak berbaloi untur dia turun padang sekali sebab mereka hanyalah pelajar sekolah. Dan Daryl ditangkap oleh Segai. Chief Segai tahu yang Daryl tak tembak Shu, Tsugumi dan Ayase dalam episod 14. Haha... dah kena tangkap. Dengan gunakan psikologi, Chief Segai beritahu Daryl untuk buktikan dirinya masih lagi berguna sebelum khabar angin yang tak baik tersebar. Kita juga dapat lihat penasihat Funeral Parlor bermain chess dengan Chief Segai.
Shu menghilangkan diri ke tempat kali pertama dia berjumpa dengan Inori. Here Hare comes. Shu meluahkan masalah dia pada Hare. No other ways, Hare pun peluk Shu. (Will Inori be jealous???). Dia tenangkan Shu dengan memberitahu semua good points yang ada pada Shu. Dan Hare confess pada Shu. Kemudiannya telefon Shu berdering. Kanon yang telefon. Dia beritahu Shu yang Souta & other' s rank F void student keluar dari kawasan sekolah dengan void mereka.
Apa lagi??? Shu segera pergi kepada Souta bersama dengan Hare dan Funnel. Shu minta Souta kembali semula ke sekolah kerana keadaan akan jadi berbahaya. Tapi, Souta and the gang degil. Diaorang nak pergi dapatkan vaksin dan buktikan pada Shu yang diaorang bukannya lemah.
Perfect timing. Mereka diserang oleh GHQ. Stupid rank F. Bila Shu suruh lawan, semua lari ketakutan. Ada yang pengsan. Menyusahkan. Kemudiannya Shu alihkan perhatian Anti-bodies sementara rank F students lari. Bila Daryl dapat tahu yang Shu masih hidup, dia juga terfikir yang Tsugumi juga masih hidup.
FANGIRL SCREAM!!!! Daryl... Dont tell me that you like Tsugumi.... Comel betul Daryl. Sempat lagi fikirkan si Tsugumi.
Souta minta Hare baiki sebuah kereta yang rosak dengan menggunakan void dia. Hare pun cubalah baiki. Kemudiaannya, anti-bodies tembak kereta tu dan letupan kereta tu terkena pada Hare. Shu cuba lindungi Hare dan mereka berdua terkena letupan sama-sama.
They are on their way. Back up sedang dalam perjalanan, iaitu Inori, Yahiro, Ayase dan Tsugumi. Kecederaan Hare agak parah dan Shu pula tidak sedarkan diri. Impak letupan tu agak kuat terkena pada Shu. Hare... menggunakan voidya dengan keadaan yang parah itu membuat keputusan untuk menyelamatkan Shu. Hare terkorban apabila helikopter menembak voidnya. Shu sempat dipulihkan oleh void Hare itu.
Shu yang sedar terkejut giler bila tengok Hare yang mempunyai kristal Virus Apocalypse di badannya. Dia cepat-cepat mendapatkan Hare dan memangkunya. Tapi, her body completely covered by the crystal and Hare dissappeared like dust as the crystal break. Buat seketika... Shu nampak macam trauma. Lost his soul bila Hare mati. Matanya menunjukkan dia berada dalam yang sangat terkejut. Something that really break his heart. Shu menjerit dengan kuat. Dia menangis sekuatnya.
Inori pula sedang dikejar oleh anti-bodies. Inori tercampak bila impak maching-gun terkena pada dia. Masa nilah... DARK Shu datang. Shu nak gunakan void Inori, tapi Inori tak bagi. Mungkin sebab Shu nampak lain dan menakutkan. Shu pun ambil void tu secara paksa. Emotionless, Shu gunakan void Inori dan lawan dengan Daryl. Tak sampai dua saat, Daryl pun kalah. Dua lagi Endlave lain pun kalah dengan Shu.
Souta dengan perasaan takut minta maaf dengan Shu. Dia menyalahkan dirinya atas kematian Hare. Mika ingatkan Shu akan cakap ni bukan salah sesiapa. Tapi, sebaliknya Shu mengiyakan apa yang dikatakan oleh Souta. Yang lain semestinya terkejut. Sebab Shu yang mereka kenal selama ni adalah seorang yang baik. Shu memarahi Souta dan tumbuk si Souta tu. Dia minta Souta hidupkan semula Hare. (bilik Mika dah mula banjir disebabkan air mata yang tak berhenti-henti mengalir). Yahiro cuba tenangkan Shu tetapi Shu tolak pula si Yahiro ni.
Jeng. Jeng... Dark Shu arise. Shu beritahu yang kebaikan tidak berguna. Dia nekad akan jadi king seperti yang Hare pernah cakap. (cuma not the kind one).
The End...
To Be Continued...
- Mika lambat post review untuk episod ni sebab Mika tak sanggup nak tulis pasal kematian Hare.
- Masa Dark Shu 'sedar', Shu nampak macam dalam keadaan 'seed' cam Kira Yamato. Macam Lelouch ngan Raito Death Note pun ada.
- Mika rasa Gai hidup lagi berdasarkan perbualan Chief Segai dengan advisor Funeral Parlor.
- Lepas ni, siapa pula yang akan terkorban??? Souta? Yahiro? Arisa?
- How many percent of possibilities that Daryl will switch side???
- Everlasting Guilty Crown mungkin sebab Shu tanggung rasa bersalah sehingga ke akhirnya kerana ada yang terkorban dalam mencapai kemenangan dalam menentang GHQ.
- There is no doubt anymore. Void Inori yang paling kuat. Dari jauh pun, void Inori mampu hancurkan Endlave.
- Siapa yang akan sedarkan Shu from the dark Shu???
Dalam masa beberapa jam lagi, Mika akan dapat Shiori Thursday Mika untuk Guilty Crown ep 16.
BYE-BYE....
No comments:
Post a Comment