Chapter 4
Yuuji dan Mayu berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumah mereka yang luas itu. Risau menunggu mereka berdua yang masih belum balik. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh, namun tiada tanda-tanda mereka telah pulang.
“Ryuu, Karin. Kamu dah balik.” Mayu menyambut mereka sebaik sahaja terdengar pintu rumah dibuka.
“Ya. Kami berdua dah balik.” Karin memaksa diri untuk senyum di hadapan Yuuji dan Mayu.
“Ryuu, kenapa dengan kamu? Kenapa kamu balik lambat hari ni?” Pantas sahaja Yuuji mengajukan soalan apabila melihat muka Ryuu yang agak tidak bermaya.
Ryuu tidak menjawab. Moodnya kurang baik. Tak.sebenarnya, roh dia dah melayang entah ke mana. Mungkin ke Paris atau pun New York. Atau mungkin Korea. Semuanya gara-gara pergaduhan dengan Shun dan yang lain.
“Kami berdua cuma pergi jalan-jalan sambil pergi melihat alatan melukis yang baru di Galeri Seni Emily Minagawa tadi. Kami mengambil masa yang agak lama untuk berbincang mengenai alatan yang mana satu yang kami harus pilih. Itu sahaja.” Karin membalas bagi menyangkal syak dan wasangka mama dan papanya. Walaupun, kata-kata itu nampaknya tidak cukup untuk menipu mereka.
Yuuji dan Mayu membulatkan mata mereka. Menggesa mereka berdua untuk memberitahu hal yang sebenar.
“Nampaknya Ryuu agak letih. Papa, mama, nanti saya akan turun semula. Ok?” Karin mengenyitkan matanya. Tanda meminta mereka berhenti menyoal untuk seketika.
Mayu dan Yuuji yang mengerti isyarat yang Karin berikan tadi membiarkan sahaja Karin dan Ryuu naik ke bilik masing-masing.
Yuuji dan Mayu agak risau dengan Ryuu dan Karin. Mereka cuma menerima sekeping mesej dari Ryuu yang memaklumkan mereka akan pulang agak lewat.
Mereka berdua langsung tidak membalas mesej mereka dan panggilan mereka. Jadi pastilah mereka risau separuh mati.
Yuuji dan Mayu duduk di atas sofa. Mereka mengingati semula bagaimana Karin keluar dari rumah tengahari tadi walaupun dia demam.
‘This love never ends. Daremo dareka no jiyuu wa ubaenai. Genkai wo kimeru no wa ore nara For you mugen to iikirou.’
Telefon Karin berdering. Lagu This love never end bergema di ruang tamu rumah keluarga Takahashi. Karin yang sedang berehat di atas sofa segera mengambil telefon bimbitnya.
“Mesej dari Ryuu?”
Karin bingkas bangun dari sofa setelah membaca mesej yang dihantar oleh Ryuu. Dia berlari nak ke biliknya berada di tingkat dua rumah banglo tersebut. Setelah sepuluh minit, Karin keluar dengan memakai blouse berwarna kuning. Dia menuju ke dapur dan memeluk Mayu.
“Aaahhh!!”Mayu separuh menjerit. Terkejut.
Mayu mencekak pinggang apabila mengetahui siapakah orang yang memeluknya tadi.
“Karin!!!” Mayu mengetuk kepala Karin.
Karin menggosok kepalanya yang diketuk oleh Mayu.
“Kamu tahu tak kamu buat mama terkejut? Nasib baik mama tiada penyakit jantung. Kalau tak…”
“Sorry, mama. Saya cuma bergurau.” Karin meminta maaf.
Setelah Mayu memerhatikan Karin dengan agak lama, barulah dia perasan bahawa Karin sudah memakai baju yang lebih cantik.
“Ke mana kamu nak pergi, Karin?”
Karin tersengih kelat.
“Saya nak keluar sekejap. Boleh?”
“Tak boleh.”Mayu menolak permintaan Karin mentah-mentah.
“Tapi, mama…”
“Tak payah nak melawan mama. Kamu demam. Ke mana kamu nak pergi dengan suhu badan kamu yang agak panas ni?”Mayu mula membebel.
“Saya betul-betul ada hal penting ni. Bagilah saya pergi. Sekejap sahaja.”
Walaupun berkali-kali Karin memujuk Mayu, Mayu tetap tidak membenarkan Karin keluar. Setelah gagal memujuk Mayu, Karin mencari Yuuji yang sedang menyiapkan kerja pejabat di bilik bacaan. Sememangnya sehati dan sejiwa. Jawapan Yuuji sama seperti Mayu. Karin patut berehat sehinggalah demamnya kebas. Mahu tak mahu, Karin terpaksa memberitahu kepada mereka berdua alasan sebenar dia mahu keluar.
“Sebenarnya, saya nak pergi jumpa…”
Kalau diikutkan, Yuuji dan Mayu mahu mengikut Karin; tetapi Karin tidak membenarkan kerana dia tidak mahu Yuuji dan Mayu mengganggu proses rundingannya dengan orang yang hendak berjumpa dengannya itu. Mereka berdua terpaksa mengalah kerana Karin lebih memahami dan pakar apabila melibatkan hal begini.
Setelah berada di dalam kereta selama tiga puluh minit, Karin akhirnya sampai ke destinasi yang ingin dituju. Dia segera turun dari kereta dan masuk ke Galeri Seni Emily Minagawa. Matanya meliar mencari kelibat seseorang.
“Itu dia.”
“Ryuu.”Karin memeluk Ryuu dari belakang.
“Karin…”Ryuu melihat Karin dengan wajah yang sangat sedih.
“Mata Ryuu merah. Adakah dia menangis?” Karin tertanya-tanya.
“Ryuu, apa yang tak kena? Kenapa kamu ada di sini? Jangan-jangan, kamu rasa sakit lagi.
Beritahu saya apa yang tak kena.”
Ryuu masih mendiamkan diri. Dia hanya memegang tangan Karin. Agak lama juga Ryuu memegang tangan karin di hadapan satu lukisan sebuah taman. Lukisan kesukaan Ryuu.
Tangan Karin juga mula berasa kebas dek dipegang oleh Ryuu. Setelah puas Karin memujuk, barulah Ryuu mahu beredar dari galeri itu. Kalau tidak, sampai galeri itu
ditutup, barulah Ryuu akan pergi.
Kira-kira pukul sepuluh malam, barulah Ryuu dan Karin sampai ke rumah.
“Kami dah balik.”Kedengaran suara Karin membuka pintu.
Karin hanya perlu menemani Ryuu selama sepuluh minit, kemudiaannya Ryuu terus lena dibuai mimpi indah. Selepas masuk ke bilik untuk menukar pakaian tidur, Karin turun ke ruang tamu. Seperti yang dijangka, papa dan mamanya sudah menunggu. Karin mengambil tempat di atas sofa.
“Ke mana kamu dan Ryuu pergi tadi?”
“Kenapa dengan Ryuu? Adakah dia rasa sakit lagi?”
“Kenapa kamu berdua balik lambat sangat?”
“Kenapa Ryuu tak bersemangat?”
“Betul ke kamu berdua dah makan?”
“Kamu berdua tak makan benda yang tak baik untuk kesihatan, kan?”
“Berhenti!!” Karin separuh menjerit.
Yuuji dan Mayu segera menutup mulut.
“Kamu tanya banyak sangat soalan. Mana satu yang saya nak jawab dulu? Tak boleh ke kamu biarkan saya jelaskan dulu hal ni sebelum kita adakan sesi Q & A? Adakah kamu dah lupa bahawa saya masih tak sihat? Kamu dah lupa Ryuu sedang tidur di atas? Kamu nak dia terjaga? Kenapa kamu ajukan banyak sangat soalan sekali gus? Saya bukannya dapat ingat semua soalan yang kamu tanya saya pun. Tak boleh ke kamu sabar sedikit? Saya belum mulakan lagi pun cerita saya. Kamu nak dengar atau pun tidak cerita mengenai Ryuu? Atau kamu hanya nak tanya saya soalan-soalan yang langsung tiada kena mengena dengan hal ni?”
Yuuji dan Mayu mengambil nafas panjang. Itu dia. Personaliti Karin yang agak menakutkan. Kecut perut mereka setiap kali Karin bercakap dengan lajunya sambil memberitahu kesalahan mereka.
“Maaf. Kami memang kurang sabar sedikit. Kami cuma risaukan kamu berdua.” Yuuji meminta maaf.
“Tak mengapa. Saya akan ceritakan pada kamu. Sekarang dengar baik-baik.”
Dengan itu, Karin menceritakan kepada pasangan Takahashi itu from A to Z, start daripada peristiwa Ryuu dipanggil ke pejabat pengetua until pergaduhan Ryuu dengan tiga orang lagi kawan baiknya itu.
“Itulah yang terjadi rupanya.”
“Betul tu, papa. Tapi, kamu berdua patut berhati-hati apabila kamu berbicara dengan Ryuu. Jangan tanya dia banyak sangat soalan. Nanti dia tertekan.” Karin mengingatkan papa dan mamanya.
“Mama faham. Mama akan berhati-hati lain kali.”
“Memandangkan hal ni dah jadi macam ni, saya rasa kita patut mulakan rancangan kita.”
“Rancangan apa yang kamu cakapkan ni, Karin? Papa tak faham.”
“Rancangan untuk mulakan rawatan lanjut mengenai masalah kesihatan Ryuu, saya boleh pujuk dia. Saya yakin dia akan setuju. Memandangkan dia dah bergaduh dengan yang lain, jadi dia tak perlu cari alasan untuk tipu mereka atau pun cari alasan lain, bukan?”
Keesokan harinya, Ryuu tidak ke sekolah, begitu juga dengan Karin. Ryuu berkurung di dalm biliknya. Dia tidak berselera untuk makan dan dia tidak bersemangat untuk keluar. Dia mahu tidur sepuas-puasnya.
Yuuji sudah cuba untuk membawa Ryuu keluar dari biliknya, namun tidak berjaya. Panggilannya langsung tidak diendahkan oleh Ryuu. Mayu juga gagal.
Shun, Eiji dan Miura ke sekolah seperti biasa. Satu sekolah sudah kecoh dengan kes Art Club mereka menciplak lukisan Hizaki.namun,mereka tidak menghiraukannya. Rakan-rakan sekelas masih menegur mereka seperti biasa. Mereka percaya bahawa mereka berempat termasuk Ryuu, tidak bersalah. Hina dan Shun masih lagi tidak bertegur sapa. Hina menunggu Ryuu dan Karin sampai ke sekolah, tetapi hampa. Sehingga ke akhir waktu sekolah, Ryuu dan Karin masih tidak muncul. Ketidakhadiran mereka berdua menguatkan lagi salah faham mereka bertiga kepada Ryuu.
Ryuu masih lagi berbaring di atas katil. Agak kerap juga kesakitan di perutnya menerpa. Mungkin sakitnya bertambah teruk. Namun, luka di hatinya lebih parah jika dibandingkan dengan kesakitan di perutnya itu.
Knock,knock.
Pintu bilik Ryuu diketuk.
“Ryuu, masa untuk makan malam. Buka pintu bilik ni.”
Ryuu bangun dari katilnya dan membuka pintu. Karin masuk ke dalam bilik dengan membawa makanan.
“Saya bawakan bubur untuk kamu. Dah seharian kamu berkurung di dalam bilik dan berlapar. Kamu patut dapatkan tenaga juga walaupun kamu malas nak turun makan.”
Ryuu hanya memandang Karin.
“Makanlah. Nanti sejuk. Atau… kamu nak saya suap kamu?”
“Jangan mengarut. Saya boleh makan sendiri.”
Karin tersengih. Ayat pertama yang keluar dari mulut Ryuu setelah balik ke rumah semalam.
Karin memberitahu Ryuu mengenai cadangan rawatan lanjut kepada Ryuu. Tidak sampai lima saat, Ryuu bersetuju.
No comments:
Post a Comment