Chapter 5
Hari ini, secara rasminya Ryuu dimasukkan ke hospital. Karin seperti biasa menemani Ryuu. Dia akan menemani Ryuu sehingga Ryuu sembuh, yang juga bermaksud dia tidak akan ke sekolah. Mama dan papanya sudah bersetuju dengan hal ini.
Mayu memicit kepalanya. Dia bingung dengan apa yang harus dilakukan setelah berbincang dengan Dr.Itsuka mengenai rawatan Ryuu tadi.
“Jadi, siapa yang nak terangkan mengenai hal ni kepada Ryuu?”Yuuji bertanya. Mahu atau tidak, salah seorang dari mereka perlu memberitahu Ryuu.
Tak sampai sesaat, Karin menawarkan diri.
“Jangan risau, saya boleh terangkan kepada Ryuu mengenai hal ni.”
“Karin? Mama atau papa yang perlu selesaikan hal ni. Kamu jangan menyibuk.”
“Yup. Lebih baik saya sahaja yang terangkan kepada Ryuu. Kalau kamu berdua beritahu Ryuu, saya yakin dia akan segera minta kamu berdua keluar dari bilik dia. Tapi, kalau saya yang beritahu, dia akan mendengar sehingga ke akhir. Kemudiannya, dengan perlahan-lahan dia akan memberitahu bahawa dia akan fikirkan mengenai hal ini.”
Yuuji dan Mayu mengakui kata-kata Karin itu. Ryuu lebih mendengar kata-kata Karin berbanding mereka berdua. Kalau bukan disebabkan Karin, pasti susah bagi mereka untuk memujuk Ryuu tinggal di hospital untuk rawatan lanjut. Akhirnya, mereka menyerahkan segala hal ini kepada Karin setelah puas berbincang.
“Ryuu, masa untuk makan. “ Karin membawa makanan kepada Ryuu.
Ryuu membuat muka bosan.
“Jangan risau. Makanan ni dari rumah. Bukan makanan dibuat oleh pihak hospital.”
Muka Ryuu menunjukkan sedikit perubahan. Karin tahu Ryuu tidak suka dengan makanan hospital. Jadi, dia telah meminta tolong Mayu untuk memasak bubur, khas untuk Ryuu.
Ryuu makan sedikit demi sedikit. Kesakitan di perutnya menyebabkan dia tidak boleh makan dengan banyak. Kalau tidak, perutnya akan mula berasa pedih dan kesakitan yang dirasainya akan bertambah tiga kali ganda daripada yang biasa.
Karin hanya memerhatikan Ryuu makan. Dia sudah makan di rumah tadi ketika Mayu sibuk di dapur menyiapkan bubur untuk Ryuu. Pada waktu beginilah, Karin terasa ingin menangis. Dia akan tertanya-tanya kepada dirinya kenapa Ryuu harus menanggung kesakitan begini. Setiap kali dia melihat Ryuu berpeluh menahan kesakitan, dia ingin sekali berkongsi kesakitan itu. Ini kerana Ryuu adalah orang yang penting dalam hidupnya. Tapi, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya mampu memberikan ubat kepada Ryuu agar kesakitannya berkurang.
“Kenapa kamu pandang saya macam tu? Dah jatuh cinta pada saya?” Ryuu berseloroh.
Karin melempar bantal kecil yang ada di sebelahnya pada waktu itu kepada Ryuu.
“Jangan nak perasan. Saya tiada masa nak jatuh cinta pada kamu. Saya tengok kamu yang macam budak-budak bila makan bubur tu. Itu je.”
Nasib baiklah Ryuu telah selesai makan sewaktu Karin membaling bantal kecil milik papanya pada waktu itu. Kalau tidak, pasti bantal itu kotor. Bantal kecil itu adalah hadiah yang diberikan oleh Mayu kepada Yuuji sempena Hari Bapa sedunia pada tahun lepas.
Ryuu tersenyum sinis.
“Kenapa kamu senyum macam tu? Kamu nak saya tumbuk kamu ke?” nada Karin kedengaran geram dengan Ryuu.
“Tiada apa-apa. Cuma… saya tertanya-tanya sama ada perwatakan kamu yang kurang bersikap seperti seorang perempuan dan perwatakan kamu yang kasar atau garang inilah yang berjaya menambat hati Miura? Saya tertanya-tanya yang mana satu jawapan yang betul. Itu sahaja.” Selamba sahaja Ryuu berkata.
Karin bangun dari tempat duduknya dan mencekik Ryuu dengan perlahan. Dia menggongcangkan-gongcangkan tengkuk Ryuu.
“Berani betul kamu usik saya???”
“Daaah laaaa. Saya… thak… bholeh….. ber.na.fas….”
Karin berhenti apabila menyedari dia hampir ‘membunuh’ Ryuu dengan cekikannya tadi. Ryuu menggosok-gosok lehernya.
“Maaf. Saya tak sengaja. Walaupun kamu yang cari pasal.”
Sempat lagi Karin menyalahkan Ryuu.
Tiba-tiba, mereka berdua ketawa. Mereka sememangnya begini. Bergaduh kemudian berbaik. Saling mengusik. Namun, di saat mereka ada masalah, pasti kedua-duanya ada di antara satu sama lain.
“Ryuu, saya ada sesuatu yang perlu diberitahu kepada kamu. Sesuatu yang sangat penting.”Nada Karin serius.
Ryuu memandang tepat ke arah muka Karin.
“Apa dia? Beritahulah. Saya sedia mendengar.”
“Disebabkan keadaan kamu masih tidak stabil, kamu harus berada di hospital selama sebulan.” Laju sahaja Karin menuturkan ayat tersebut.
Ryuu nampak tenang mendengarnya.
“Kenapa lama sangat?”
“Sebab kamu masih tak dapat dibedah. Laporan kesihatan kamu menunjukkan keadaan kamu akan jadi sangat bahaya kalau kamu dibedah sekarang. Jadi, Dr.Itsuka terpaksa tunggu keadaan kamu stabil terlebih dahulu sebelum kamu boleh membuang kanser yang merebak dalam perut kamu tu.”
“ Maknanya saya harus tanggung kesakitan selama sebulan dan cuma bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.”
“Ya. Kamu mungkin akan rasa sangat sakit, tapi cara ni lebih baik daripada kamu terus menjalani pembedahan dan menanggung risiko yang tinggi.”
“Tapi, saya tak suka tinggal di hospital. Lagipun, saya akan rasa sangat bosan. Saya terpaksa berbaring di atas katil sepanjang masa dan langsung tak boleh pergi main-main.”
Karin mencubit pipi Ryuu. Bibirnya menguntum satu senyuman.
“Saya tahu. Sebab tulah, kamu akan melukis dalam bilik ni. Dr.Itsuka benarkan saya bawa peralatan melukis. Jadi, bolehlah kita melukis bersama-sama. Kalau kamu risaukan mengenai sekolah baru kita, jangan risau. Saya takkan ke sekolah selagi kamu tak ke sekolah. Dan mengenai kesakitan kamu pula, saya tak dapat tanggungnya sebab saya tak dapat rasakan kesakitan kamu. tapi, kalau kamu rasa sakit, tangan saya sentiasa lapang untuk dipinjam oleh kamu. Kamu boleh genggm tangan saya dengan kuat. Ok?”
Muka Ryuu yang kurang bersemangat berubah menjadi sedikit ceria.
“Tapi, melukis cuma…”
“Jangan risau. Kamu akan berbaik semula dengan mereka nanti. Saya yakin. Selepas kita selesaikan salah faham pada hari tu, mereka pasti akan faham sebab kamu mengaku bersalah. Bukan ke kata-kata saya selalu jadi kenyataan. Tak. Kata-kata saya tak pernah tak jadi kenyataan. Kan?”
“Takkan kamu nak beritahu mereka megenai penyakit saya?”Ryuu sedikit risau.
“Jangan takut. Tiada siapa pun yang akan tahu.”
“Oh, ya! Mengenai masalah Art Club, saya akan uruskannya tak lama lagi. You do no need to worry. Ok?” Karin menyambung.
Ryuu mengangguk.
“Dahlah. Tidur. Malam ni, papa akan jaga kamu. Saya pergi tidur dengan mama di bilik sebelah. Bye-bye. Selamat malam.”
Karin baru sahaja melangkah keluar dari bilik Ryuu apabila Mayu menariknya.
“Macam mana?”Mayu bertanya. Tidak sabar.
“Beres. Kan saya dah cakap serahkan hal ni pada saya.” Karin mengenyitkan matanya.
Yuuji dan Mayu menghela nafas lega.
No comments:
Post a Comment